Tuesday 24 July 2012

PENGGUNAAN UBAT DAN RAWATAN PERUBATAN KETIKA BULAN PUASA

1) Perkara2 yang berkaitan dengan rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa





  • Menggunakan ubat titis mata,telinga dan cucian (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga)
  • Pil GTN @ ubat yang menyamainya y diambil secara meletakkan d bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi patient heart attc.
  • Melakukan procesure tampalan,cabutan,pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat induvide y berpuasa tidak menelan apa2 bahan semasa procedure rawatan tersebut.
  • Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit,otot,sendi, atau salur darah.
  • Pendermaan atau pemindahan darah
  • Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan.balutan,dan plaster pada permukaan kulit.
  • Pengamblan sampel darah untuk ujian makmal.
  • Memasukkan catheter melalui salur darah untuk tujuan pemerikasaan seperti procedure angiogram untuk pemeriksaan jantung.
  • Pemeriksaan laparoscopy iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pt.
  • Berkumur2 ( gargle,sehingga air hampir ke tekak) dan ubat teraputik semburan ke mulut y x melibatkan proses menelan.
  • Menjalankan biopsy untuk tujuan analisa makmal.
  • Penggunaan ubat semburan hidung tanpa disedut.
  • Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodlisis @ peritonealdiasis.
  • Menjalani rawatan local anstsia dengan semburan @ suntikan.
  • Penggunaan uabt buasir dgn memasukkan semula kawasan buasir pada tmpt tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam.


~hamba ILLAHI~

Wednesday 27 June 2012

~Kepentingan Menjaga Lisan ~

salamun 'alaik..
semoga shabat2 sekalian sentiasa berada di bawah naungan reda ilahi .terlibih dahulu al-faqir ingin meminta maaf kerana Agak lama juga al-faqir tidak menulis di kolum ini. Mungkin kerna kesibukan al-faqir menguruskan kehidupan seharian membuatkan al-faqir tidak sempat untuk menulis. 

insyALLAh , untuk kali ini ingin sekali al-faqir berkongsi sedikit mengenai kepentingan menjaga lisan dlam pertuturan.Bagi al-faqir ,malu asanya untuk berkongsi kerna sebenarnya diri yg fakir ini pn belum sempurna alamnya dlam menjaga pertuturan kata.Namun moga perkongsian ini menjadi satu peringatan terutamanya buat diri al-faqir dan shabt2 sekalian .insyALLAH ..amin ~

cuba kita renung sebentar kata-kata  ini ,
"kemenangan dlam berkata -kata dlam mempertahankan sesuatu kebenaran tidak akan memberi manfaat sekiranya ia membuatkan diri saudara kamu terluka .Jadi , jgalah lisan kamu , kerna sesungguhnya kata yg ditutur tanpa ada belas kasihan adlah lebih tajam dri sebilah pedang"

apa yang cuba yang disampaikan ini adlah menjaga lisan terutamanya dlam menyatakan satu kebenaran adlah sesuatu yang sangat perbuatan yang mulia.namun jika kata-kata itu dilafazkan secara kasar atau menggunakan caician maka ia akan membuatkan saudara-saudara kita terluka, dan hal ini akan menjadikan tindakan kita(menyatakan kebenaran ) itu menjadi kurang sempurna .

cuba igat kembal ,dasar mahabbah pada saudara seIslam adlah sangat2 penting dlam memperkasakan kerjsama dlam Ummah.namun jika kita mngabaikan perasaan mereka dengan mengeluarkan kata2 nista ataupun perkara2 sensitif , kita sebenarnya telah memisahkan 2 hati yang ingin bersatu atas jalan ALLAH dan Rasul-Nya.ingatlah, kita dituntut untuk berhikmah dalam percakapan dan perbuatan kita.


Tunjukkanlah kecintaan anda pada saudara anda melalui kata2 anda.tidak salah jika memberikan pujian atas kebaikan yang dilakukan oleh saudara kita ,kerna itulah yang menjadi kekurangan pada lidah2 kita terutamanya al-faqir.

insyALLAH , mulai saat ini ,marilah shabat2 sekalian, kita menjaga adab2dan nilai akhlak Islamiah sesama saudara SeIslam , demi menyatukan ummah ini... ~~


nukilan , 
al-faqir Sulaiman al-jawiy 

10 kuntum mawar yang harum




KUNTUM 1: ketahuilah bahawa ALLAH akan mengampuni orang yang memohon ampun ,akan memberi kepada yang meminta ,dan menerima yang bertaubat .

KUNTUM 2: prihatinlah dengan orang yang lemah ,anda akan bahagia .Penuhi hajat yang memrlukan , anda akan disembuhkan .Jangan bawa kebencian ,anda akan dihargai .

KUNTUM3 : bersangka baiklah kerana sesungguhnya ALLAH bersamamu , para malaikat memohonkan ampunan untukmu , dan syurga telah menanti anda .

KUNTUM4 :bersikap optimislah dalam hidup dengan bersangka baik kepada ALLAH .Nyhakanlah segala duka dengan mengingati semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda .

KUNTUM5 :ingatkah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna , kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat semua keinginannya .

KUNTUM 6 : contohilah pohon kurma, tinggi cita-citanya , kebal dari penyakit , dan jika dibaling dengan batu ,ia memblas dengan menggugurkan buahnya .

KUNTUM 7 : adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput , kecemasan dapat memperbaiki kesalahan ?lantas apa gunanya anda bersedih ?

KUNTUM 8 : jangan berharap mendapat kesusahan atau malapetaka . tetapi berdolah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan .

KUNTUM 9 : siramilah api kebencian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah bebrbuat salah kepada anda .

KUNTUM 10 :mandi , berwudhuk , memakai wewangian , dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan .

~ hamba ILLAHI ~

3 JENIS JODOH PERTEMUAN


JODOH???? yap..jodoh.di mana ia merupakan salah satu langkah yang penting tuk membina usrati jannati... (^_^)



1. Jodoh berasaskan syaitan - Sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur. Setelah itu mereka pun kahwin sbb nak tanggung malu......

2. Jodoh berasaskan jin - Orang B suka orang A,tapi orang A tak suka orang B. Orang B pun carilah jin agar orang A suka kat dia. Bila dah start suka, dorang pun kawin.......

3. Jodoh Allah - Jodoh hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad perkahwinan berlangsung.Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta......♥♥♥

p/s; Jodoh i2 mmng ketentuan Allah, namun kita diberi peluang untk memilih.
Jadi, watlah pilihan yg tepat dn terbaek..hehe..=)=)

~hamba ILLAHI~

ETIKA PEMAKAIAN MUSLIMAH


Assalamualaikum…sekadar coretan hamba yang terlalu rindu saat bertemu PENCIPTANYA ,RASULnya dalam keadaan di mana ALLAH meredhaiku menyertai pasukan berkuda KEKASIHNYA masuk ke dalam mana2 syurga y diinginkan..subhanALLAH…. ossseeemmm bukan.. (^_^)
K let’s talk about ur topic…ETIKA PEMAKAIAN MUSLIMAH…

comey tak saya < y kat atau tu tau >
tutup itu menawankan?? (^_^)


1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”.
2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar.
“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah: Kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”. (Riwayat Muslim).
3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit, tetapi longgar atau selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemudian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”.
4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya (terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya). Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam).
5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur. ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)
6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki.
Telah berkata Ibnu Abbas :
“Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)
7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik.
8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.
 ~hamba ILLAHI~

Saturday 11 February 2012

SURAH2 AMALAN N FADHILATNYA ~SLAMAT BERAMAL~



SURAH AL-FATIHAH

      FADHILATNYA :
§  mendpt pahala seperti membaca 1/3 al-quran
§  al-fatihah adlh utk apa y dmksudkannya dlm (erti) bacaannya...
§  untuk memohon sesuatu hajat y baik kpd ALLAH S.W.T,baca 41x/hari,waktunya di antara solat sunat subuh dan solat fardu subuh.


SURAH AL-KAHFI

       FADHILATNYA :
§  Ahmad berkata " saya dgr al-Baraa'u ibnu aazib berkta " seorg lelki tlh mbca al-kahfi dan dlm rmhnya ada s'ekor bntang (kuda), maka diberitahunya kpd RASULULLAH", BAGINDA bersabda "adakah si fulan membaca al-QURAN ? sesungghnya itulh ketnangan y trn ktka al-quran dbaca @ ktrangan turn untuk al-quran.
§  IMAM AHMAD berkata "drpd ABI DARDA' darpd NABI (S.A.W) bgnda tlh bersbda : "sesiapa menghaf 10 ayat drpd permulaan surah al-kahfi,mk terhndr drpd al-dajjal ". (riwayat muslim,ABU DAUD,AN-NASA'I AT-TARMIZI DPRD QATADAH)
§  IMAM AHMAD berkata ."drpd ABI AL-DARDA'I, nabi (S.A.W) bersabda "sesiapa membca 10 ayat trakhir drpd surah al-kahfi,mka terhindar drpd fitnah al-dajjal
§  drpd MUAZ IBNU ANAS AL JUHANI drpd bapnya drpd NABI MUHAMMAD S.A.W bersabda : "sesiapa m'bca awal dr surah al-kahfi,mk jdlah bgnya chya drpd kpla hingga kakinya dan sesiapa y mbca kslruhannya,mka jdlah bgnya cahaya antara langit dan bumi" 
§  drpd umar berkta : nabi s.a.w tlh bersabda : "sesiapa y mbca surah al-kahfi pd hari jumaat,maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.utknya cahaya d hr kiamat dan dampunkannya antara 2 jumaat" (HR IBNU KATSIR)
§   drpd  syukbah drpd ABI HASHIM dgn isnadnya,ssnhnya NABI S.A.W bersbda : " sesiapa mbca surah al-kahfi sbgaimn ia dtrnkan,jdlah cahaya untknya d hr kiamat." (HR ibnu katsir)


SURAH AS-SAJDAH

      FAHDILATNYA :
§  hadith riwayat al bukhari drpd abi hurairah r.a berkata "adalah NABI S.A.W  m'bc pd solat fajar (subh) pd hari jumaat (alif laam mim tanzil) as-sajadah dan (hal ata alal insan) insan." dan driwyatkan imam ahmad drpd jabir berkata: " adalah NABI S.A.W xtidur sehingga dbc as-sajadah dan al-mulk."


SURAH YAASIIN

       FADHILATNYA :
§  drpd anas,RASULULLAH S.A.W bersabda.: setiap sesuatu ada hati dan hati al-quran adalah yaasin" dan sesiapa yang membaca yaasiin,maka ALLAH tulis bgnya sprtmana membaca al-quran 10X.(HR AT-TARMIZI)
§  drpd abi hurairah r.a bersabda RASULULLAH s.a.w :"sesiapa membc yaasiin pd waktu mlm,mk akan d'ampun keeskannya. dan sesiapa membc "haamim al dukhan" nescaya akan dampnkan bgnya keesokannya."(HR ibnu katsir)
§  drpd abdullah bersbda RASULULLAH s.a.w bersabda : "sesiapa y mbca yaasiin pd waktu mlm utk mndptkan keredhaan ALLAH s.w.t,mk akan dberi keampunan baginya." (HR ibnu katsir)
§  drpd ma'qil ibni yasar berkata : "al-baqarah adalah rangka. al-quran dtrnkan setiap 1ayat dgn dsrtkan 80 malaikat dan ayat kursi khususnya dtrnkan khas dr arasy ALLAH y terssn d dlm surah al-baqarah. dan surah yaasiin adalah jantung al-quran.
§  drpd ma'qil ibni yasar berkata, RASULULLAH s.a.w bersabda "bacalah yassiinn atas mrka yang meninggaldunia."(HR IBNU KATSIR-ABU DAUD dan AL NASA'I)
§  sestgh ulama berkt tntg yaasiin bhwa antra keistmwaan srh yaasiin ialah apbl dbca xada kesulitan melainkan dmdahkan o ALLAH.dan adalah bcaannya ktka nazak,mka rahmat dan berkat trn dan dprmdhkan bgnya roh kelaur dgn nazaknya.
§  drpd ibnu abbas r.a berkata: "nabi s.a.w tlh bersabda.: "adalah saya suka kalau surah yaasiin dalam hati setiap insan drpd umatku."
§  drpd safuan berkt : adalah alim ulama berkt: "apbla dbca yaasiin ke atas mayat,drgnkan ALLAH bgnya (sakaratul maut)."


SURAH AD-DUKHAN

       FADHILATNYA :
§      Drpd abi hurairah r.a berkt: nabi s.a.w tlh bersbda: " sesiapa mbaca surah 'HAAMIM AD DUKHAN" pd wktu mlm,mk esoknya 7o ribu malaikat akan mmnta ampun bgnya. (HR ibnu katsir)
§  drpd abi huraidah r.a berkata,NABI S.A.W bersabda :"sesiapa mbca "haamim dukhan" pd mlm jumaat,mk dbri keampunan bgnya."(HR ibnu katsir)
§  drpd zaid ibnu haritsah r.a sesungguhnya RASULULLAH s.a.w bersabda kpd IBNU ZAYYAD : "sesunggguhnya aku simpan sesuatu,mk apa dia?. maka NABI S.A.W simpan bgnya surah ad-dukhan, mk baginda bersabda dia ialah "ad-dukhan" dan bersabda " pergilah,kemudian dia pergi".


SURAH AL-WAQIAH

      FAHDILATNYA :
§  drpd ibnu abbas r.a berkata,abu bakar al-siddiq berkata,: wahai RASULULLAH,sesngguhnya tuan berambut putih (kelihtn tua).maka nabi s.a.w bersabda,"saya bermbut putih (kelhtan tua) krna surah2 hud,al-waqiah,al-mursalat,amma yatasaalun dan izas syamsu kuwwirat." (HR AL-TARMIZI)
§  drpd abi dhibah berkata :"telah sakit abdullah y blh mnybbkan kematnnya.mk dziarhi o osman ibnu affan r.a,beliau bertnya."apa y kamu adukan?" beliau menjwb:"dosa2ku." "dan apa y km mhu sekarang?" beliau menjwb "rahmat TUHANKU.""perlukan saya pnggl doktor?" beliau menjwb,"doktr lbh sakit dari sya."usman berkata: "adakah kamu prlkan kpd wang...."abdullah mmjwb:"sya xberhjat kpdnya." usman berkata:"ini utk anak2 prmpuan kmu slps ketiadaan kamu, beliau mjwb adak kamu tkt anak2 prmpn saya mnjd miskin? sesungguhnya sya prntah kpd mrka spya mbca surah "al-waqiah" tiap2 malam.sasungguhnya sy dgr RASULULLAH s.a.w bersabda "sesiapa mbca surah al-waqiah ,xakan jd miskin slma2nya"

SURAH AL-HASYAR

      FADHILATNYA :
§  drpd fadhil ibnu yassar al-muzani r.a berkta:"nabi s.a.w tlh bersabda:"sesiapa mbca ktka bangkit subuh "a'uuzubillahissami'il minas syaitanir-rajim." kemudian mbca 3ayat terakhir surah al-hasyr mka ALLAH S.W.T mwkilkan 70 malaikat berslwat atsnya hingga ptg.begitu juga waktu ptg dan jika meniggl hari itu dkra mati syahid.(HR AT-TARMIZI) 

SURAH AL-MULK

       FADHILATNYA :
§  drpd abi hurairah r.a dr RASULULLAH S.A.W bersabda"sesungguhnya d dlm al-quran ada 30 ayat mbri syafaat kpd pmbcnya hingga dbri keampunan untuknya iaitu surah al-MULK. (TABAARAKAL-LAZI)
§   drpd anas ibnu malik berkata: NABI S.A.W telah bersabda "sesungguhnya seorg lelaki y sblm kamu tlh meninggal dan xada bersmnya sdkitpun drpd kitab ALLAH kecuali "tabaarakal lazi". maka apbla dmasukkan ke dlm lbng kubur,dtglah kpdnya malaikat.maka surah ini telh menahan wajahnya dan malaikat berkta pd surah itu.sesungguhnya kamu drpd kitab ALLAH dan saya xmhu mnyshkan kamu,sesungguhnya sya xblh mberi kpd kamu dan kpd dia, dan kpd saya kmudhartan @ kmanfaatan.sesungguhnya jka kamu mahu mberi syafaat kpd dia (c mati),jd pergilah mnmui ALLAH S.W.T. dan mintalah syafaat drpdnya.maka diapun (surah) menemui ALLAH s.w.t.dan berkata "wahai TUHANKU,si fulan ini,dia plih saya dlm kitabMU, dan dia peljri saya dan dia mbca saya,bolehkah wahai ALLAH,engkau membakar dan menyksanya,walhal saya d dalam dadanya. maka jika ENGKAU ingin berbuat demikian,jd padamlah saya dr kitabMU.dan ALLAH S.W.T berfirman,:"pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat ke atasnya."
§  nabi s.a.w bersabda:"surah ini datng kpd malaikat dan memaksa keluar tanpa melakukan apa2 pada si mati.
§   maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kpd mulut si mati dan mengucapkan selamat kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat dtg kpd dada y sentiasa menghafal dan menjaga saya,dan selamat datang kepada kedua kaki yang sentiasa berdiri dan membca saya maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya si mati tidak merasa kesunyian." ~~subhanaALLAH~~
§  anas berkata:"apbila NABI S.W.T khabarkan hadis ini maka xada seorang pun y kecil mahupun y besar,hamba mahupun tuan kecuali dia mempljri surah ini dan NABI s.a.w menamakan surah ini al-munjiah (yang menyelamatkan)
§  drpd anas ibnu malik berkata "RASULULLAH tlh bersabda.: satu surah d dlm al-quran menghujahkan kpd pbcnya sehingga memsukkannya ke dlm syurga iaitu 'tabarakallazi)
§  drpda IBNU ABBAS r.a berkata "seotang sahabat RASULULLAH S.A.W tlh mndrikan khemah d atas kubur dan beliau xtahu itu kubur maka d dalam kubur itu terdgr suara bacaan surah al-mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda RASULULLAH s.a.w dan berkata " wahai RASULULLAH S.A.W saya dirikan satu khemah atas satu kubur dan saya xtidah tahu itu kubur dan saya dengar seorang manusia sedang membaca surah al-mulk sehingga khatam (al-maani'ah) y mnyelamatkan dia (al-munjiah) drpd seksaan kubur."(HR AT-TARMIZI)
§  drpd jabir r.a "sesungguhnya RASULULLAH s.a.w xakan tidur sehingga baginda membaca ALIF LAAM MIM,AL-SAJADAH DAN AL-MULK."(HR at-tarmizi)
§  kelebihan dua surah ini 70 kali lbh baik drpd tiap2 surah dalam al-quran.
§  drpd ibnu abbas r.a berkata:"adakah kamu mahu saya khabarkan kpdmu satu hadis yang mngmbrankan kamju?" dia berkata bahkan!"
§  beliau (ibnu abbas) berkata :"bacalah surah al-mulk dan ajarkanlaj kpd keluarga kamu dan semua anak kamu dak kpd anak2 kamu y blm bligh d rumahmu dan jiranmu.sesungguhnya ia yang mnylamatkan dari berdbt hri kiamat d dpn ALLAH s.w.t memohon kpd pmbcnya spya ALLAH S.W.T mnylmtkan dia drpd api neraka dan pmbcnya juga slmt drpd seksaan klubur"
§  dan RASULULLAH S.A.W bersabda "saya suka kalau surah ini dalam hati tiap insan dari umatku."(HR ibnu katsir)

 ~hamba ILLAHI~

kisah syaitan yang direjam


Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .

subhanaALLAH..adakah kita sekuat itu...?? >.

~hamba ILLAHI~

Tanda-tanda hati mati...

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :
  • Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
  • Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
  • Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
  • Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
  • Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
  • Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
  • Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
  • Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
  • Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
  • Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya:
    1. Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
    2. Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
    3. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
    Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).
    Firman Allah:
    (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Al-Rad, Ayat 28)
    Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
    “Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
    Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
    Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
    …dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu.”
    Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.
    Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:
    “Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya.”
    Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.
    Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
    “Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati.”
    Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).
    Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.


    :hamba Allah yang lemah..

9 jenis wanita yang ada di dalam Neraka

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.





:hamba Allah yang lemah...

9 Mimpi Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihiwasallam





بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم




9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihiwasallam bersabda:


"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.


3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.


4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.


5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.


6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.


7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.


8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.


9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.




BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"



:hamba Allah yang lemah~

42 Kelebihan selawat ke atas Saiduna Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihiwasallam~

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad  Sallallahu 'alaihiwasallam itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”
1. melaksanakan perintah Allah
subhanahuwata'ala
2. bersamaan dengan selawat Allah subhanahuwata'ala kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihiwasallam
3. mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah         
subhanahuwata'ala bererti rahmat
4. bersamaan dengan selawat para malaikat
5. dikurniakan oleh Allah 
subhanahuwata'ala 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat
6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan oleh Allah 
subhanahuwata'ala 10x kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah subhanahuwata'ala
9. mendapat syafaat dprd Rasulullah  Sallallahu 'alaihiwasallam
10. mendapat keampunan Allah 
subhanahuwata'ala dan akan ditutup segala keaiban
11. Allah subhanahuwata'ala akan menutupi segala dukacita
12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah  Sallallahu 'alaihiwasallam
13. mendapat darjat al-sidq
14. ditunaikan segala hajat
15. selamat sejahtera pada hari kiamat
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat khabar gembira daripada Allah 
subhanahuwata'ala dengan balasan syurga
18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah  Sallallahu 'alaihiwasallam akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak akan merasai fakir
23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah  Sallallahu 'alaihiwasallam
25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah 
subhanahuwata'ala apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad  Sallallahu 'alaihiwasallam
28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
30. disambut oleh Allah 
subhanahuwata'ala pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
31. mendapat keberkatan Allah subhanahuwata'ala
32. mendapat kesempurnaan iman
33. kasih dan cinta kepada Rasulullah  Sallallahu 'alaihiwasallam
34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah 
subhanahuwata'ala
35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah  Sallallahu 'alaihiwasallam secara langsung
36. teguh pendirian dengan kebenaran
37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah  Sallallahu 'alaihiwasallam ke atas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah 
subhanahuwata'ala yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah  Sallallahu 'alaihiwasallam kepada kita.
38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah subhanahuwata'ala
39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah 
subhanahuwata'ala
40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah 
subhanahuwata'ala ke atas Rasulullah  Sallallahu 'alaihiwasallam dan kepada diri sendiri
41. antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah  Sallallahu 'alaihiwasallam dalam jiwanya
42. dikurniakan oleh Allah 
subhanahuwata'ala maqam seorang Syeikh dan Murabbi.


hamba Allah yang lemah..