Saturday 11 February 2012

42 Kelebihan selawat ke atas Saiduna Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihiwasallam~

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad  Sallallahu 'alaihiwasallam itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”
1. melaksanakan perintah Allah
subhanahuwata'ala
2. bersamaan dengan selawat Allah subhanahuwata'ala kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihiwasallam
3. mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah         
subhanahuwata'ala bererti rahmat
4. bersamaan dengan selawat para malaikat
5. dikurniakan oleh Allah 
subhanahuwata'ala 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat
6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan oleh Allah 
subhanahuwata'ala 10x kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah subhanahuwata'ala
9. mendapat syafaat dprd Rasulullah  Sallallahu 'alaihiwasallam
10. mendapat keampunan Allah 
subhanahuwata'ala dan akan ditutup segala keaiban
11. Allah subhanahuwata'ala akan menutupi segala dukacita
12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah  Sallallahu 'alaihiwasallam
13. mendapat darjat al-sidq
14. ditunaikan segala hajat
15. selamat sejahtera pada hari kiamat
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat khabar gembira daripada Allah 
subhanahuwata'ala dengan balasan syurga
18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah  Sallallahu 'alaihiwasallam akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak akan merasai fakir
23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah  Sallallahu 'alaihiwasallam
25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah 
subhanahuwata'ala apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad  Sallallahu 'alaihiwasallam
28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
30. disambut oleh Allah 
subhanahuwata'ala pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
31. mendapat keberkatan Allah subhanahuwata'ala
32. mendapat kesempurnaan iman
33. kasih dan cinta kepada Rasulullah  Sallallahu 'alaihiwasallam
34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah 
subhanahuwata'ala
35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah  Sallallahu 'alaihiwasallam secara langsung
36. teguh pendirian dengan kebenaran
37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah  Sallallahu 'alaihiwasallam ke atas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah 
subhanahuwata'ala yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah  Sallallahu 'alaihiwasallam kepada kita.
38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah subhanahuwata'ala
39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah 
subhanahuwata'ala
40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah 
subhanahuwata'ala ke atas Rasulullah  Sallallahu 'alaihiwasallam dan kepada diri sendiri
41. antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah  Sallallahu 'alaihiwasallam dalam jiwanya
42. dikurniakan oleh Allah 
subhanahuwata'ala maqam seorang Syeikh dan Murabbi.


hamba Allah yang lemah..

No comments:

Post a Comment