Friday 3 February 2012

INI JODOHKU ???

Salam a'laik..sahabat-sahabat sekalian
ku bersyukur kepada ALLAH kerna masih lagi diberi nikmat iman dan islam ...


untuk kali ini , ingin diri insan yang fakir dan lemah ini untuk berkongsi mengenai soal jodoh dan pilihan. sebenarnya sukar  bagi seseorang untuk menilai dan mengagak isi hati dan pemikiran insan yang lain.bagi kalian ,apa yang dikatakan dengan jodoh ???
selalunya bila ditanya kepada sesuatu individu mengenai jodoh, seringkali  perkara yang terlintas di fikiran adalah calon isteri atau suami.


namun secara peribadinya , diriku ini berpendapat bahawa definisi ini adalah benar,namun ianya masih belum cukup sempurna. jodoh dapat didefinasikan secara mudah iaitu satu bentuk ikatan yang ditakdirkan tuhan diantara hamba-hamba-Nya dengan sesuatu perkara. contohnya ikatan perkahwinan ataupun  persahabatan .


cinta yang terhasil kepada sesuatu perkara dengan ikhlas kerana ALLAH, itulah sebaik-baik jodoh.Bersahabat juga satu jodoh , kerana seseorang pasti akan teringat akan sahabat jika dia bergitu ikhlas mencintai sahabatnya.


definisi jodoh sebenarnya adalah terlalu luas, dan tidak hanya termasuk dalam konteks perkahwinan semata-mata.moga-moga dengan sedikit perkongsian ini dapat membuka pintu kita untuk memahami erti jodoh sebenarnya ...


Walla'hualam

nukilan

al-faqir Sulaiman Al-jawiy

No comments:

Post a Comment