Thursday 3 November 2011

PERJUANGAN HIDUP.

Assalamu'alaikum. Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih....Pertamanya,dan selamanya marilah kita banyakkan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana kita telah diberi peluang sekali lagi untuk hidup di dunia yang penuh dogaan dan cobaan ini. Alhamdulillah, dengan adanya blog Wasilatul Hidayah ni dapat lah sedikit sebanyak kita berkongsi ilmu dan pendapat kita dengan seluruh warga kolej khususnya dan semua followers amnya. Sebenarnya, apa apa sahaja ilmu yang kita dapat atau kita ada ni mesti kita kena sebarkan atau kita cuba samapaikan kepada sahabat2 kita, ini bukan kerana apa, kelak kita akan ditanya oleh ALLAH, "Hai si folan, aku telah beri kamu umur, ke mana kamu habiskan? aku telah beri kamu harta, ke mana kamu infakkan?,aku telah beri kamu ilmu,apa yang telah kamu perbuat dengannya?" andaikatalah ilmu yang kita ada tu langsung kita tak share dengan sahabat2 kita,apalah kita nk jwab kelak????
Ada sesetengah pihak mengatakan kalau nak bercakap tenteang ilmu ni perlu ada tauliah dan sebagainya. sebenarnay itu semua penguat bagi kits. ysng wajibnya ialah samapaikan, itu yang paling penting, coontohilah sifat Nabi S.A.W iaitu menyamapaikan setiap ilmu yang diterimanya. ilmu yang paling penting perlu 'disebarkan ialah ilmu agama. Pernah Nabi S.A.W bersabda "Sampaikanlah dariKu walau sepotong ayat" jadi apa lagi yang perlu diragukan?? ayuh kita sama sama perbanyakkan perbincangan ilmu dlam blog ni. InsyaAllah.....
P/S:kalo ad yang tersilap harap dapat ditegur dan diperbaiki...Wallahu'alam.

Wednesday 2 November 2011

ERTI SEBUAH KASIH ....

salamun 'alaik..
semoga shabat2 sekalian sentiasa berada di bawah naungan reda ilahi .di sini , ingin ku mengambil kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu mengenai kasih sayang,kerna ia adlah antara anugerah dan nikmat pemberian  Allah yang berharga di atas muka bumi ini.golangan muda dewarsa kini mengertikan kasih sayang adalah satu bentuk perhubungan antara seorang  pria dan wanita . darling ,baby ,dan babe semua adalah sebahagian contoh panggilan yang sering diungkapkan kepada insan yang dicintai itu  .mereka mengangap itu adalah satu bentuk kaedah atau cara untuk mennunjukkan rasa dan  tanda kasih sayang terhadap seorang gadis  . bagi pasangan yang hangat bercinta ,ini adalah contoh panggilan atau 'nickname' yang menjadi suatu simbolik atau tanda bagi perhubungan . namun ,adakah kita sedar bahawa kasih sayang bukan hanya sekadar panggilan sayang . kasih sayang adalah satu  tautan hati yang menjadi fitrah buat  setiap makhluk  yang bergelar manusia  . contohnya ibubapa dan anak-anak ,guru dan anak murid dan suami dan isteri . niat dan tujuan tautan hati akan  menjadi satu batu asas bagi sesuatu perhubungan kasih sayang . jika ianya dibuat atas nama reda Illahi ,insyALLAH ..Allah kan bersama2 mereka dalam perhubungan ini .namun bagaimana pula bagi dengan kasih sayang yang berdasarkan nafsu dan godaaan  syaitan ??
bagi golangan yang berfikiran sedemikan ,hanya satu perkara menjawab persoalan  mereka.tanyakan semula pada mereka  ,siapa yang mencipta kasih sayang dan alam ini??? 
sudah tentu jawapannya adalah Allah kerna tanpa izin-Nya pasti kita tidak merasa nikmat kasih sayang yang wujud dalam setiap jiwa insan. jika tiadanya kasih sayaang  sudah tentu kalbu manusia akan menjadi kering dan kosong dan rasa sunyi pasti akan menyempit hati.jadi kesimpulannya kasih sayang adalah anugerah tuhan sebagai tanda cinta dan kasih-Nya pada hambanya ,maka gunakanlah anugerah ini dengan sebaik-baiknya. akhir kalam , mari kita sama2 bermuhasabah diri tentang sejauh mana cinta kita kepada Allah dan rasulnya pada saat ini dan cuba merperbaiki kecintaan kita kepada Allah dan rasul sebelum mencintai sesuatu yang lain ..


sekian wassslam ..
 cHahaya 
Sulaiman Al Jawiy