Wednesday 27 June 2012

~Kepentingan Menjaga Lisan ~

salamun 'alaik..
semoga shabat2 sekalian sentiasa berada di bawah naungan reda ilahi .terlibih dahulu al-faqir ingin meminta maaf kerana Agak lama juga al-faqir tidak menulis di kolum ini. Mungkin kerna kesibukan al-faqir menguruskan kehidupan seharian membuatkan al-faqir tidak sempat untuk menulis. 

insyALLAh , untuk kali ini ingin sekali al-faqir berkongsi sedikit mengenai kepentingan menjaga lisan dlam pertuturan.Bagi al-faqir ,malu asanya untuk berkongsi kerna sebenarnya diri yg fakir ini pn belum sempurna alamnya dlam menjaga pertuturan kata.Namun moga perkongsian ini menjadi satu peringatan terutamanya buat diri al-faqir dan shabt2 sekalian .insyALLAH ..amin ~

cuba kita renung sebentar kata-kata  ini ,
"kemenangan dlam berkata -kata dlam mempertahankan sesuatu kebenaran tidak akan memberi manfaat sekiranya ia membuatkan diri saudara kamu terluka .Jadi , jgalah lisan kamu , kerna sesungguhnya kata yg ditutur tanpa ada belas kasihan adlah lebih tajam dri sebilah pedang"

apa yang cuba yang disampaikan ini adlah menjaga lisan terutamanya dlam menyatakan satu kebenaran adlah sesuatu yang sangat perbuatan yang mulia.namun jika kata-kata itu dilafazkan secara kasar atau menggunakan caician maka ia akan membuatkan saudara-saudara kita terluka, dan hal ini akan menjadikan tindakan kita(menyatakan kebenaran ) itu menjadi kurang sempurna .

cuba igat kembal ,dasar mahabbah pada saudara seIslam adlah sangat2 penting dlam memperkasakan kerjsama dlam Ummah.namun jika kita mngabaikan perasaan mereka dengan mengeluarkan kata2 nista ataupun perkara2 sensitif , kita sebenarnya telah memisahkan 2 hati yang ingin bersatu atas jalan ALLAH dan Rasul-Nya.ingatlah, kita dituntut untuk berhikmah dalam percakapan dan perbuatan kita.


Tunjukkanlah kecintaan anda pada saudara anda melalui kata2 anda.tidak salah jika memberikan pujian atas kebaikan yang dilakukan oleh saudara kita ,kerna itulah yang menjadi kekurangan pada lidah2 kita terutamanya al-faqir.

insyALLAH , mulai saat ini ,marilah shabat2 sekalian, kita menjaga adab2dan nilai akhlak Islamiah sesama saudara SeIslam , demi menyatukan ummah ini... ~~


nukilan , 
al-faqir Sulaiman al-jawiy 

10 kuntum mawar yang harum




KUNTUM 1: ketahuilah bahawa ALLAH akan mengampuni orang yang memohon ampun ,akan memberi kepada yang meminta ,dan menerima yang bertaubat .

KUNTUM 2: prihatinlah dengan orang yang lemah ,anda akan bahagia .Penuhi hajat yang memrlukan , anda akan disembuhkan .Jangan bawa kebencian ,anda akan dihargai .

KUNTUM3 : bersangka baiklah kerana sesungguhnya ALLAH bersamamu , para malaikat memohonkan ampunan untukmu , dan syurga telah menanti anda .

KUNTUM4 :bersikap optimislah dalam hidup dengan bersangka baik kepada ALLAH .Nyhakanlah segala duka dengan mengingati semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda .

KUNTUM5 :ingatkah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna , kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat semua keinginannya .

KUNTUM 6 : contohilah pohon kurma, tinggi cita-citanya , kebal dari penyakit , dan jika dibaling dengan batu ,ia memblas dengan menggugurkan buahnya .

KUNTUM 7 : adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput , kecemasan dapat memperbaiki kesalahan ?lantas apa gunanya anda bersedih ?

KUNTUM 8 : jangan berharap mendapat kesusahan atau malapetaka . tetapi berdolah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan .

KUNTUM 9 : siramilah api kebencian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah bebrbuat salah kepada anda .

KUNTUM 10 :mandi , berwudhuk , memakai wewangian , dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan .

~ hamba ILLAHI ~

3 JENIS JODOH PERTEMUAN


JODOH???? yap..jodoh.di mana ia merupakan salah satu langkah yang penting tuk membina usrati jannati... (^_^)



1. Jodoh berasaskan syaitan - Sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur. Setelah itu mereka pun kahwin sbb nak tanggung malu......

2. Jodoh berasaskan jin - Orang B suka orang A,tapi orang A tak suka orang B. Orang B pun carilah jin agar orang A suka kat dia. Bila dah start suka, dorang pun kawin.......

3. Jodoh Allah - Jodoh hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad perkahwinan berlangsung.Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta......♥♥♥

p/s; Jodoh i2 mmng ketentuan Allah, namun kita diberi peluang untk memilih.
Jadi, watlah pilihan yg tepat dn terbaek..hehe..=)=)

~hamba ILLAHI~

ETIKA PEMAKAIAN MUSLIMAH


Assalamualaikum…sekadar coretan hamba yang terlalu rindu saat bertemu PENCIPTANYA ,RASULnya dalam keadaan di mana ALLAH meredhaiku menyertai pasukan berkuda KEKASIHNYA masuk ke dalam mana2 syurga y diinginkan..subhanALLAH…. ossseeemmm bukan.. (^_^)
K let’s talk about ur topic…ETIKA PEMAKAIAN MUSLIMAH…

comey tak saya < y kat atau tu tau >
tutup itu menawankan?? (^_^)


1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”.
2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar.
“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah: Kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”. (Riwayat Muslim).
3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit, tetapi longgar atau selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemudian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”.
4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya (terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya). Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam).
5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur. ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)
6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki.
Telah berkata Ibnu Abbas :
“Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)
7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik.
8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.
 ~hamba ILLAHI~