Assalamualaikum…sekadar coretan hamba yang terlalu rindu saat bertemu PENCIPTANYA ,RASULnya dalam keadaan di
mana ALLAH meredhaiku menyertai pasukan berkuda KEKASIHNYA masuk ke dalam mana2
syurga y diinginkan..subhanALLAH…. ossseeemmm bukan.. (^_^)
K let’s talk about ur topic…ETIKA
PEMAKAIAN MUSLIMAH…
comey tak saya < y kat atau tu tau >
tutup itu menawankan?? (^_^)
1. Pakaian itu mestilah menutup
aurat
Rasulullah
saw bersabda :
Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”.
Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”.
2. Pakaian itu tidak terlalu
nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar.
“Dua
orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah: Kaum yang memegang pecut
bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan
yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok
membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk
syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat
dicium dari jarak yang sangat jauh”. (Riwayat Muslim).
3. Pakaian itu tidak ketat atau
sempit, tetapi longgar atau selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk
tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan
itu.
Dalam sebuah riwayat dari
Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab menghadiahkan kepada seseorang
dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemudian berkata , “Jangan dipakaikan
kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “Ya Amirul Mukminin aku
telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak
kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak
nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”.
4. Warna pakaian itu suram atau
gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu
lelaki melihatnya (terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya). Menurut
Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika
mereka keluar rumah berwarna hitam).
5. Pakaian itu tidak
sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh
badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin
lelaki yang ajnabi. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah
sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah,
yakni pelacur atau penzina.
“Wanita
apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka
dia itu begini dan begini iaitu pelacur. ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)
6. Pakaian itu tidak
bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai
pakaian lelaki.
Telah berkata Ibnu Abbas :
“Rasulullah
saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang
menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)
(Riwayat Bukhari)
7. Pakaian itu tiada
bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik.
8. Pakaian itu bukanlah libasu
sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau
bergaya.
No comments:
Post a Comment