Wednesday 27 June 2012

10 kuntum mawar yang harum




KUNTUM 1: ketahuilah bahawa ALLAH akan mengampuni orang yang memohon ampun ,akan memberi kepada yang meminta ,dan menerima yang bertaubat .

KUNTUM 2: prihatinlah dengan orang yang lemah ,anda akan bahagia .Penuhi hajat yang memrlukan , anda akan disembuhkan .Jangan bawa kebencian ,anda akan dihargai .

KUNTUM3 : bersangka baiklah kerana sesungguhnya ALLAH bersamamu , para malaikat memohonkan ampunan untukmu , dan syurga telah menanti anda .

KUNTUM4 :bersikap optimislah dalam hidup dengan bersangka baik kepada ALLAH .Nyhakanlah segala duka dengan mengingati semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda .

KUNTUM5 :ingatkah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna , kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat semua keinginannya .

KUNTUM 6 : contohilah pohon kurma, tinggi cita-citanya , kebal dari penyakit , dan jika dibaling dengan batu ,ia memblas dengan menggugurkan buahnya .

KUNTUM 7 : adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput , kecemasan dapat memperbaiki kesalahan ?lantas apa gunanya anda bersedih ?

KUNTUM 8 : jangan berharap mendapat kesusahan atau malapetaka . tetapi berdolah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan .

KUNTUM 9 : siramilah api kebencian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah bebrbuat salah kepada anda .

KUNTUM 10 :mandi , berwudhuk , memakai wewangian , dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan .

~ hamba ILLAHI ~

No comments:

Post a Comment