Wednesday 27 June 2012

~Kepentingan Menjaga Lisan ~

salamun 'alaik..
semoga shabat2 sekalian sentiasa berada di bawah naungan reda ilahi .terlibih dahulu al-faqir ingin meminta maaf kerana Agak lama juga al-faqir tidak menulis di kolum ini. Mungkin kerna kesibukan al-faqir menguruskan kehidupan seharian membuatkan al-faqir tidak sempat untuk menulis. 

insyALLAh , untuk kali ini ingin sekali al-faqir berkongsi sedikit mengenai kepentingan menjaga lisan dlam pertuturan.Bagi al-faqir ,malu asanya untuk berkongsi kerna sebenarnya diri yg fakir ini pn belum sempurna alamnya dlam menjaga pertuturan kata.Namun moga perkongsian ini menjadi satu peringatan terutamanya buat diri al-faqir dan shabt2 sekalian .insyALLAH ..amin ~

cuba kita renung sebentar kata-kata  ini ,
"kemenangan dlam berkata -kata dlam mempertahankan sesuatu kebenaran tidak akan memberi manfaat sekiranya ia membuatkan diri saudara kamu terluka .Jadi , jgalah lisan kamu , kerna sesungguhnya kata yg ditutur tanpa ada belas kasihan adlah lebih tajam dri sebilah pedang"

apa yang cuba yang disampaikan ini adlah menjaga lisan terutamanya dlam menyatakan satu kebenaran adlah sesuatu yang sangat perbuatan yang mulia.namun jika kata-kata itu dilafazkan secara kasar atau menggunakan caician maka ia akan membuatkan saudara-saudara kita terluka, dan hal ini akan menjadikan tindakan kita(menyatakan kebenaran ) itu menjadi kurang sempurna .

cuba igat kembal ,dasar mahabbah pada saudara seIslam adlah sangat2 penting dlam memperkasakan kerjsama dlam Ummah.namun jika kita mngabaikan perasaan mereka dengan mengeluarkan kata2 nista ataupun perkara2 sensitif , kita sebenarnya telah memisahkan 2 hati yang ingin bersatu atas jalan ALLAH dan Rasul-Nya.ingatlah, kita dituntut untuk berhikmah dalam percakapan dan perbuatan kita.


Tunjukkanlah kecintaan anda pada saudara anda melalui kata2 anda.tidak salah jika memberikan pujian atas kebaikan yang dilakukan oleh saudara kita ,kerna itulah yang menjadi kekurangan pada lidah2 kita terutamanya al-faqir.

insyALLAH , mulai saat ini ,marilah shabat2 sekalian, kita menjaga adab2dan nilai akhlak Islamiah sesama saudara SeIslam , demi menyatukan ummah ini... ~~


nukilan , 
al-faqir Sulaiman al-jawiy 

No comments:

Post a Comment