Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia rajin bersedekah
3. Hendaklah dia rajin membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :
1. Jangan berdusta.
2. Jangan mengkhianat.
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).
4. Jangan kencing sambil berdiri.
Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." [Hadith Riwayat Muslim]
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yg bapanya sangat dekat dengan Allah S.W.T
Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yg dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.
Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yg jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yg akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yg tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yg akan menjawab ialah amalnya sendiri~
oleh:chahaya pemelihara dan hamba yg faqir~
Monday, 30 January 2012
Thursday, 3 November 2011
PERJUANGAN HIDUP.
Assalamu'alaikum. Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih....Pertamanya,dan selamanya marilah kita banyakkan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana kita telah diberi peluang sekali lagi untuk hidup di dunia yang penuh dogaan dan cobaan ini. Alhamdulillah, dengan adanya blog Wasilatul Hidayah ni dapat lah sedikit sebanyak kita berkongsi ilmu dan pendapat kita dengan seluruh warga kolej khususnya dan semua followers amnya. Sebenarnya, apa apa sahaja ilmu yang kita dapat atau kita ada ni mesti kita kena sebarkan atau kita cuba samapaikan kepada sahabat2 kita, ini bukan kerana apa, kelak kita akan ditanya oleh ALLAH, "Hai si folan, aku telah beri kamu umur, ke mana kamu habiskan? aku telah beri kamu harta, ke mana kamu infakkan?,aku telah beri kamu ilmu,apa yang telah kamu perbuat dengannya?" andaikatalah ilmu yang kita ada tu langsung kita tak share dengan sahabat2 kita,apalah kita nk jwab kelak????
Ada sesetengah pihak mengatakan kalau nak bercakap tenteang ilmu ni perlu ada tauliah dan sebagainya. sebenarnay itu semua penguat bagi kits. ysng wajibnya ialah samapaikan, itu yang paling penting, coontohilah sifat Nabi S.A.W iaitu menyamapaikan setiap ilmu yang diterimanya. ilmu yang paling penting perlu 'disebarkan ialah ilmu agama. Pernah Nabi S.A.W bersabda "Sampaikanlah dariKu walau sepotong ayat" jadi apa lagi yang perlu diragukan?? ayuh kita sama sama perbanyakkan perbincangan ilmu dlam blog ni. InsyaAllah.....
P/S:kalo ad yang tersilap harap dapat ditegur dan diperbaiki...Wallahu'alam.

Wednesday, 2 November 2011
ERTI SEBUAH KASIH ....
salamun 'alaik..
semoga shabat2 sekalian sentiasa berada di bawah naungan reda ilahi .di sini , ingin ku mengambil kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu mengenai kasih sayang,kerna ia adlah antara anugerah dan nikmat pemberian Allah yang berharga di atas muka bumi ini.golangan muda dewarsa kini mengertikan kasih sayang adalah satu bentuk perhubungan antara seorang pria dan wanita . darling ,baby ,dan babe semua adalah sebahagian contoh panggilan yang sering diungkapkan kepada insan yang dicintai itu .mereka mengangap itu adalah satu bentuk kaedah atau cara untuk mennunjukkan rasa dan tanda kasih sayang terhadap seorang gadis . bagi pasangan yang hangat bercinta ,ini adalah contoh panggilan atau 'nickname' yang menjadi suatu simbolik atau tanda bagi perhubungan . namun ,adakah kita sedar bahawa kasih sayang bukan hanya sekadar panggilan sayang . kasih sayang adalah satu tautan hati yang menjadi fitrah buat setiap makhluk yang bergelar manusia . contohnya ibubapa dan anak-anak ,guru dan anak murid dan suami dan isteri . niat dan tujuan tautan hati akan menjadi satu batu asas bagi sesuatu perhubungan kasih sayang . jika ianya dibuat atas nama reda Illahi ,insyALLAH ..Allah kan bersama2 mereka dalam perhubungan ini .namun bagaimana pula bagi dengan kasih sayang yang berdasarkan nafsu dan godaaan syaitan ??
bagi golangan yang berfikiran sedemikan ,hanya satu perkara menjawab persoalan mereka.tanyakan semula pada mereka ,siapa yang mencipta kasih sayang dan alam ini???
sudah tentu jawapannya adalah Allah kerna tanpa izin-Nya pasti kita tidak merasa nikmat kasih sayang yang wujud dalam setiap jiwa insan. jika tiadanya kasih sayaang sudah tentu kalbu manusia akan menjadi kering dan kosong dan rasa sunyi pasti akan menyempit hati.jadi kesimpulannya kasih sayang adalah anugerah tuhan sebagai tanda cinta dan kasih-Nya pada hambanya ,maka gunakanlah anugerah ini dengan sebaik-baiknya. akhir kalam , mari kita sama2 bermuhasabah diri tentang sejauh mana cinta kita kepada Allah dan rasulnya pada saat ini dan cuba merperbaiki kecintaan kita kepada Allah dan rasul sebelum mencintai sesuatu yang lain ..
sekian wassslam ..
cHahaya
Sulaiman Al Jawiy

Friday, 28 October 2011
PERMULAAN KALAM ......
Alhamdulillah .. dengan izin ,berkat dan inayah-Nya dari ilahi, pada tanggal 29 haribulan Oktober tahun 2011 bersamaaan 2 Zulhijjah tahun 1432 hijrah...maka dengan ini blog 'Wasilatul Hidayah' dapat mulakan bicara ilmiiah tentang iman dan islam ... sesungguhnya ini adalah wadah pejuangan menegakkan kalimah syahadah .. ayuh sahabat-sahabat sekalian kita berkongsi ilmu ,masalah mahupun curahan idea di laman yang serba kekurangan ini, semoga perkongsian ini dapat menutup segala kelemahan yang di hadapi moga-moga impian untuk mencapai mardhotillah dapat digapai ..in sya-ALLAH... akhir kalam ,semoga perjuangan kita yang sekelumit badai ini mendapat redha ilahi ...amin ... sekian wasalam ..
Nukilan ...
Chahaya Pemelihara ....
Sulaiman al Jawiy ...
Sulaiman al Jawiy ...
Subscribe to:
Posts (Atom)